Friday 17 April 2015

MENGEJUTKAN! Cuba Anda Teka Benda Apakah Di Sebalik Tumbuhan Liar Ini??

Lazimnya, sesebuah kenderaan yang ditinggalkan atau dibuang oleh pemiliknya, sudah pasti tidak akan bertahan lama malah akan menampakkan tanda-tanda rosak seperti karat, berlumut dan beberapa komponen akan di ambil orang..

Namun di China, kenderaan yang ditinggalkan oleh pemiliknya ini secara keseluruhannya telah diliputi oleh tumbuhan liar sehingga mereka yang tinggal di kawasan tersebut tidak mengetahui bahawa di sebaliknya adalah sebuah kenderaan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..
Satu kejadian yang cukup unik telah berlaku di bandar Chengdu yang terletak di Wilayah Sichuan, China. Sebuah kenderaan yang telah ditinggalkan begitu saja oleh pemiliknya kini akhirnya telah diliputi oleh tumbuhan liar. 

Seperti dilaporkan Car News China, Rabu 23 Oktober 2013, kebanyakkan penduduk sekitar tidak menyangka di sebalik tumbuhan memanjat yang besar itu adalah sebuah van yang sudah 'dibuang' pemiliknya, sekitar satu tahun yang lalu.

Kenderaan itu sengaja diletakkan di hadapan kompleks apartmen berkenaan. Oleh kerana ia sudah lama tidak digunakan, keadaan kenderaan itu kelihatan sangat tidak terurus, lebih parah, seluruh badan van tersebut diliputi tumbuhan liar.

Pemandangan yang tidak enak itu membuatkan penduduk setempat berasa curiga. Mereka akhirnya memutuskan untuk menghubungi pihak polis untuk memeriksa kenderaan dan menyiasat siapa pemilik asal "Zombie Car" itu.

Polis yang datang ke lokasi berkenaan turut berasa hairan apabila melihat keadaan "Zombie Car" itu. Tumbuhan liar berduri yang meliputi kenderaan itu sangat tebal, sehingga menyukarkan pihak polis untuk mengecam jenama van berkenaan.

Pihak polis akhirnya memutuskan untuk menyita dan menarik van itu ke balai polis. Hasil siasatn lanjut, pihak polis berjaya menemui pemilik asal kenderaan berkenaan. Pemiliknya mengaku telah menjual kenderaan tersebut kira-kira tiga tahun lalu, tapi terlupa siapa yang membelinya.
p/s: Kalau biar lama lagi, entah-entah tumbuh pokok pulak apa..

Read more…

Tuesday 14 April 2015

Kahwin Kerana Mahu Tutup Kontroversi Pelawak Kasanova: Zizan Enggan Ulas

Rupa-rupanya, laporan bahawa Zizan Razak akan melangsungkan pernikahan pada Jun ini tidak benar. Ini diberitahu olehnya kepada Harian Metro.

Jangan salah faham, kerana Zizan tetap akan berkahwin tahun ini, cuma dia belum pasti bulannya.

Memang saya akan berkahwin tahun ini tapi belum tentu (bulan) Jun) seperti yang kecoh diperkatakan. Apa-apa pun saya kena berbincang dengan keluarga dulu sebab (kami) baru sebulan saja kenal.

Terkejut sangat baca laporan (kononnya) saya akan berkahwin Jun depan. Pada hal, saya baru hendak balik kampung dan berbincang dengan orang tua dulu.

Kalau sudah berjumpa dan berbincang barulah saya berani sahkan (tarikh). Insha-Allah kalau semua berjalan lancar memang tahun ini sebab saya pun bukan makin muda, cuma bulan tu tak pasti lagi bila.

Siapa orangnya saya tak boleh beritahu sebab takut tak jadi nanti, malu pula.

#Menurut Zizan, dia belum bersedia mendedahkan identiti gadis itu yang baru dikenali sebulan lepas kerana aturan keluarga. Gadis itu ialah orang biasa, bukan orang seni dan tidak pernah dikaitkan dengan Zizan sebelum ini.
Di samping itu Zizan memberitahu dia akur tiada jodoh dengan Emma dan mendoakan terbaik untuk wanita itu. Dia percaya Emma mampu pergi lebih jauh dalam bidang seni berdasarkan bakat dan kecantikan yang dimiliki.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada benar dia ingin melangsungkan perkahwinan dalam kadar segera kerana ingin menutup kontroversi yang melanda kala ini, dia enggan mengulas.

Untuk makluman anda, kami ada menerima beberapa keping gambar bakal isteri Zizan. Jika benar itu gadis 24 tahun dari Kuala Terengganu yang diperkatakan, memang benarlah dia seorang yang cantik tanpa solekan dan berpendidikan. Semoga segalanya dipermudahkan buat Zizan - Beautifulnara.com.

BACA ARTIKEL SELANJUTNYA DI SINI

Read more…