Wednesday 17 June 2015

Cara Halal Hubungan Kelamin Suami Isteri di Bulan Ramadhan Yang Wajib Anda Tahu

Menyetubuhi isteri di bulan Ramadan ada dua keadaan, kemungkinan dilakukan waktu....... di sini kami share kan informasi cara yang halal DI SINI

Read more…

CARA HALAL SUAMI ISTERI BERSETUBUH DI BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah

Yang Nampak dari penanya maksud dari nikah adalah bersetubuh. Menyetubuhi isteri di bulan Ramadan ada dua kondisi, kemungkinan (dilakukan) waktu malam atau waktu siang.

Bersetubuh di malam hari itu mubah, dan malam dimulai dengan terbenam matahari sampai terbit fajar. Dahulu hukum di awal islam Dibolehkan bersetubuh di malam Ramadan selagi belum tidur. Kalau tidur, maka diharamkan bersetubuh. Meskipun bangun sebelum fajar. Kemudian Allah memberi keringanan dalam hukum ini dan Dibolehkan bersetubuh di malam Ramadan secara umum. Hal itu ada dalam firman Allah ta’ala:

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ (سورة البقرة: 187)

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam.” (QS. Al-Baqarah: 187)
As-Sa’di rahimahullah berkata di halaman, 87: “Dahulu diawal kewajiban berpuasa, diharamkan bagi umat Islam makan, minum dan bersetubuh di waktu malam setelah tidur, dan sebagian (umat Islam) terasa berat. Kemudian Allah memberi keringanan dari hal itu. Dan Allah memperbolehkan makan, minum dan bersetubuh pada semua malam. Baik telah tidur maupun belum tidur. kerana mereka tidak mampu menahan nafsu mereka dengan meninggalkan sebagian dari apa yang diperintahkan kepadanya. {‏فتاب‏}‏ Maka Allah menerima taubat mereka. Allah melapangkan bagi kalian suatu urusan –dimana dahulu, jika tidak diberi keluasan- mereka akan terkena dosa (Dan Allah mengampuni dari kamu semua) apa yang telah lalu. (Maka sekarang) setelah mendapatkan keringanan dan keluasan dari Allah {‏باشروهن‏}‏ cumbulah mereka, dengan mencium dan menyentuh atau semisal itu.

{‏وابتغوا ما كتب الله لكم‏} maksudnya saat kalian anda menggauli isteri kalian, niatkan kerana ingin mendekatkan kepada Allah Ta’ala dan meraih maksud yang paling agung dari bersetubuh, yaitu mendapatkan keturunan, juga menjaga kemaluannya dan kemaluan isterinya serta mendapatkan maksud dari pernikahan.”

BACA : CARA HALAL DAN BERGUNA MEMUASKAN SUAMI KETIKA ISTERI SEDANG HAID

Al-Jassas dalam Ahkamul Al-Qur’an’, 1/265 mengatakan, “Maka Dibolehkan bersetubuh, makan dan minum di malam-malam Ramadan, dari permulaan (malam) sampai terbit fajar.”

Diriwayatkan oleh Bukhari, 4508 dari Barra’ radhiallahu’anhu

لَمَّا نَزَلَ صَوْمُ رَمَضَانَ كَانُوا لا يَقْرَبُونَ النِّسَاءَ رَمَضَانَ كُلَّهُ وَكَانَ رِجَالٌ يَخُونُونَ أَنْفُسَهُمْ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ

"Ketika diturunkan (kewajiban) puasa Ramadan. Dahulu mereka tidak mendekati isteri-isterinya sebulan penuh. Sementara para suami tidak dapat menahan nafsunya. Maka Allah turunkan ayat (عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ ) “Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu.”

Al-Hafidz rahimahullah mengatakan, “Perkataan ‘Ketika diturunkan (kewajiban) puasa Ramadan, dahulu mereka tidak mendekati isteri-isteri mereka’. Yang tampak dari redaksinya (maksudnya adalah bahawa) dahulu bersetubuh dilarang seluruh waktu malam dan siang. Berbeda dengan makan dan minum, dahulu diizinkan makan waktu malam selagi belum tidur. Akan tetapi hadits-hadits lain yang semakna dengan ini, menunjukkan tidak ada perbedaan. Sehingga teks ‘Dahulu mereka tidak mendekati isteri-isterinya’ mungkin maksudnya adalah sering. Untuk menggabungkan di antara hadits-hadits yang ada.”

Maksud dari { تَخْتَانُونَ أَنْفُسكُمْ }adalah menggauli isteri, makan dan minum di waktu dimana dahulu haram bagi mereka. Disebutkan oleh Ath-Thabari dari Mujahid تَخْتَانُونَ أَنْفُسكُمْ adalah menzalimi dirinya.

Sementara terkait dengan bersetubuh di siang Ramadan, bagi orang yang wajib berpuasa. Para ulama bersepakat (ijmak) akan keharaman dan hal itu dapat merusak puasanya.

Dalam Al-Mughni, 4/372 dikatakan, “Kami tidak mengetahui adanya perbedaan di kalangan ulama, bahawa orang yang bersetubuh sampai masuk ke kemaluan, keluar (mani) ataupun tidak. Atau diluar kemaluan kemudian keluar (mani). Hal itu membatalkan puasanya kalau dilakukan secara sengaja. Hadits-hadits yang shahih menunjukkan hal tersebut.”

Bahkan bersetubuh termasuk pembatal yang terbesar, dan diharuskan (membayar) kafarat.

Diriwayatkan oleh Bukhari, 2600 dan Muslim, 1111. Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, dia berkata,

قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ هَلَكْتُ فَقَالَ وَمَا ذَاكَ قَالَ وَقَعْتُ بِأَهْلِي فِي رَمَضَانَ قَالَ تَجِدُ رَقَبَةً قَالَ لا قَالَ فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ لا قَالَ فَتَسْتَطِيعُ أَنْ تُطْعِمَ سِتِّينَ مِسْكِينًا قَالَ لا قَالَ فَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ الأَنْصَارِ بِعَرَقٍ وَالْعَرَقُ الْمِكْتَلُ فِيهِ تَمْرٌ فَقَالَ اذْهَبْ بِهَذَا فَتَصَدَّقْ بِهِ قَالَ عَلَى أَحْوَجَ مِنَّا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ مَا بَيْنَ لابَتَيْهَا أَهْلُ بَيْتٍ أَحْوَجُ مِنَّا قَالَ اذْهَبْ فَأَطْعِمْهُ أَهْلَكَ

"Seseorang datang kepada Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, celakalah saya!" Beliau bertanya, “Ada apa dengan anda?" Dia menjawab, “Saya telah berhubungan intim dengan isteri sementara saya dalam kondisi berpuasa (Di bulan Ramadan)," Maka Rasulullah sallallahu alaihi wa sallalm bertanya, “Apakah anda dapatkan budak (untuk dimerdekakan)?" Dia menjawab, “Tidak." Beliau bertanya, “Apakah anda mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?" Dia menjawab, “Tidak." Beliau bertanya, “Apakah anda dapatkan makanan unttuk memberi makan kepada enampuluh orang miskin?" Dia menjawab, “Tidak." Kemudian ada orang Anshar datang dengan membawa tempat besar di dalamnya ada kurmanya. Beliau bersabda, “Pergilah dan bershadaqahlah dengannya." Orang tadi berkata, “Apakah ada yang lebih miskin dari diriku wahai Rasulullah? Demi Allah yang mengutus anda dengan kebenaran, tidak ada yang lebih membutuhkan diantara dua desa dibandingkan dengan keluargaku." Kemudian beliau mengatakan, “Pergilah dan beri makanan keluarga anda.”

Untuk mengetahui akibat dari bersetubuh di siang Ramadan, silahkan merujuk soal no. 49614.

Read more…

‘Kami Tak Takut Dosa’..Sejam Kemudian Lihat Apa Yang Berlaku ke Atas 2 Remaja Kembar Ini!

BILA TAK TAKUT PADA DOSA…APA PERANAN JABATAN.AGAMA ISLAM.. DAN RUKUN NEGARA IAITU PERCAYA PADA TUHAN….TUHAN TU ADALAH ALLAH SWT LAH..

Apa yang terjadi ke atas remaja ini adalah sangat berkait dengan apa yang mereka luahkan di dalam status facebooknya beberapa jam sebelum kejadian. Moga ianya menjadi ikhtibar bagi kita semua, agar tidak angkuh dengan Maha Pencipta.  Selanjutnya di Sini

Read more…

ADIK BERADIK SELEBRITI YANG POPULAR DI MALAYSIA YANG KORANG TAK PERASAN!!

Biarpun ini bukan sesuatu yang baru, namun sejak kebelakangan ini memang ramai adik beradik yang menjadi artis dan berjaya mencatat nama sebagai selebriti popular di Malaysia. Antaranya:
Pierre Andre & Mikail Andre – Adik-beradik ini merupakan anak kepada pelakon veteran Khadijah Tan yang terkenal dengan rancangan sitkom “Pi Pi Mai Tang Tu”. Pierre Andre yang mula-mula sekali menceburi bidang lakonan menerusi filem “Potret Mistik” pada tahun 2005. Bermula sebagai seorang pelakon, Pierre Andre kini bergelar seorang pengarah. Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail Andre yang kini berusia 23 tahun. Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah seni.
Shamsul Yusof & Syafiq Yusof – Kedua-duanya memulakan kerjaya sebagai pelakon demi untuk mempelajari selok-belok dunia perfileman. Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini, mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon dan juga pengarah filem. Lebih membanggakan, kedua-dua pengarah muda ini sudah pun menggondol anugerah menerusi hasil karya mereka. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik.
Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin Loy – Adik-beradik Loy ini memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka menceburkan diri dalam bidang lakonan. Apa yang pasti ketiga-tiga mereka memang berbakat besar seawal dari kecil. Walaupun Elfira selaku kakak, dilihat lebih menyerlah, namun mereka tidak pernah mencemburui antara satu sama lain. Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin juga pernah berlakon sama menerusi rancangan “Oh! My English”.
Yaya, Shikin, Chacha, & Emma Maembong – Anak perempuan kepada Ismail Embong ini, memang semuanya cantik-cantik dan berbakat dalam lakonan. Pada mulanya hanya nama Chacha dan Emma sahaja yang dikenali, namun selepas itu, kedua-dua kakak mereka, iaitu Yaya dan Shikin juga mula mencipta nama. Kalau dah adik-beradik, pasti mereka tidak akan terlepas ditanya mengenai perhubungan mereka. Namun, baru-baru ini industri hiburan dikecohkan dengan kisah Chacha dan bapanya. Tetapi semuanya sudah selesai. Bak kata pepatah, seperti air dicincang tidak akan putus. Begitulah perghubungan keluarga.
Eira Syazira & Syafnida – Nama pelakon Eira Syazira mula dikenali menerusi lakonannya yang membawakan gadis nerdmenerusi slot drama TV3 satu ketika dahulu. Boleh dikatakan Eira diantara pelakon drama yang menjadi pilihan untuk menghiasi drama-drama di televisyen. Kini adiknya, Syafnida turut mengikut jejak langkah kakanya itu. Kini wajahnya mula kelihatan menerusi drama TV3 “Cinta Ilahi”. Selain itu juga, Syanida juga dikatakan berlakon bersama abang iparnya Azad sebagai suami isteri. Boleh dikatakan wajah adik-beradik ni hampir sama dan ramai yang menganggap mereka adalah adik-beradik kembar.
Farid Kamil & Fadzil Zahari – Siapa yang tidak mengenali hero pujaan ramai Farid Kamil. Namun, nama adiknya iaitu Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak sah menjadi suami kepada pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, Fadzil juga merupakan seorang pelakon. Pada awalnya, dia merupakan pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia kemudiannya berjinak-jinak sebagai penulis skrip. Antara skrip filem yang dihasilkannya ialah filem “Kongsi” dan “Bini-biniku Gangster”. Memang adik-beradik yang berbakat besar. Jika dilihat pada rupa Fadzil juga saling tidak tumpah seperti abangnya.
Sharifah shahira & Sharifah Sakinah – Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira, tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Jika diikutkan, seorang lagi adik beradik Sharifah iaitu Sharifah Haslinda juga merupakan seorang pelakon ketika zaman 90an. Kini, seorang lagi adiknya, Sharifah Sakinah, pula yang mengikut jejak langkah kakak-kakaknya sebagai seorang pelakon. Namun berbeza dengan kakak-kakaknya, nama Sakinah menjadi viral dengan aksi ‘gila-gilanya’ di laman sosial miliknya.
Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad – Mungkin ramai yang tidak mengetahui, adik-beradik, Erma Fatima dan Umie Aida mempunyai seorang adik iaitu Betty Rahmad, yang kini mula berjinak-jinak sebagai pelakon dan pernah muncul menerusi drama bersiri popular “Adam dan Hawa”. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, Betty sudah menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh dikatakan Betty juga berbakat seperti Umie Aida. Dimana dia juga boleh menyanyi. Tidak dapat dinafikan ketiga-tiga mereka mempunyai bakat yang besar.

Bukan ini sahaja Adik Beradik Selebriti Yang Popular Di Malaysia, masih ada ramai lagi adik beradik selebriti yang telah mencipta nama. Siapa lagi yang korang kenal?

Read more…

Video 4 Artis Wanita Popular Ini Bergelek Sakan Sindir Si Jantan Curang

Memang tergolek-golek kami tengok macamana Sheila Rusly, Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Elizad bergelak buat dubsmash ni.

Mana taknya, penuh dengan ekspresi dan goyangan yang memukau. Tapi, yang paling ‘win’nya apabila mereka dikatakan buat video ini untuk sindir jantan-jantan curang. Haha.

Aduh, aduh sayang…
Video di SINI

Read more…

Tuesday 16 June 2015

Satelit Nasa Akan Jatuh ke Malaysia Besok, Lokasi Telah di Kenalpasti..Hati-Hati Semua..

SHAH ALAM : Sebuah satelit yang dibina oleh Nasa dan Jepun untuk mengesan hujan dijangka akan jatuh ke bumi esok, menurut laman web rasmi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa).

Satelit yang dinamakan sebagai satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM) yang dibina oleh Nasa dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) untuk mengukur jumlah hujan di bumi itu sekarang berada 100 kilometer daripada bumi.


Menurut laman web rasmi Nasa, Amerika Syarikat Space Surveillance Network, yang dikendalikan oleh jabatan angkasa yang beroperasi bersama Pertahanan AS, pihaknya memantau kedudukan TRMM sejak misi itu berakhir pada bulan April lalu.

“Kebanyakan satelit dan kapal angkasa yang memasuki atmosfera bumi akan terbakar, dan ia tidak boleh dikawal,

“Pusat Operasi Angkasa Lepas akan mengeluarkan ramalan berkala tarikh kemasukannya, namun lokasi sebenar kawasan kejatuhannya tidak dapat diramalkan, TRMM hanya akan jatuh ke kawasan tropika antara 35 darjah Utara dan latitud 35 darjah latitud Selatan,” petik kenyataan rasmi Nasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad berkata, Nasa akan memberi maklumat setiap tiga jam kepada seluruh agensi angkasa dunia termasuk Malaysia untuk memaklumkan mengenai perkara ini.

“Pihak Nasa akan sentiasa mengemaskini maklumat mereka setiap tiga jam, kerana sekarang pihak Nasa sendiri tidak pasti keberadaannya.

“Kalau ikut rekod selama ini tidak pernah berlaku di mana manusia terkena pada bahan-bahan serpihan-serpihan ini sepanjang sejarah satelit masuk kedalam bumi ini , kalau ikut Nasa peratusan itu hanya dua peratus, kerana kebanyakkannya akan jatuh kedalam laut.

“Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu panik, tidak ada yang pernah berlaku terkena pada serpihan tak pernah lagi!... rekod terdahulu satelit yang jatuh dekat dengan Malaysia adalah di utara Lautan Hindi, Australia kawasan itu berhampiran Malaysia dan Indonesia," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, jika satelit itu terbakar ia tidak boleh dikawal lagi.

“Satelit itu dilancarkan pada 35 darjah ini dikira sebagai kawasan tropikalah, termasuk Malaysia selatan Jepun sampai ke Australia 35 darjah lah, bila ia masuk kawasan bumi ini ia akan terbakar, apabila ia terbakar tak ada orang boleh kawal… tetapi ada sebahagian daripada satelit itu tidak terbakar terutama yang dibuat daripada titanium.

“Titanium ini besi yang lebih keras daripada besi... ia tidak terbakar, kalau ikut pemantauan, tidak banyak negara yang boleh pantau ia kerana ia perlukan radar yang canggih dan kuat untuk tembak ke udara bagi mendapatkan lokasi yang sebenarnya… saya rasa negara Amerika Syarikat yang punyai teknologi itu, Amerika yang dapat lihat kedudukan ia sekarang.

“Agensi Angkasa kita boleh berhubung dengan mereka untuk dapatkan maklumat dan mereka akan maklumkanlah bila ia masuk ke bumi .

“Kita akan uar-uarkan maklumat dari semasa ke semasa, oleh itu rakyat Malaysia jangan panik cuma perlu ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

TRMM yang berusia 17 tahun mempunyai berat hampir 3 tan, dilancarkan dari Tanegashima, Jepun pada 27 November 1997 bagi misi yang dirancang hampir tiga tahun. Ia ditutup pada 15 April tahun ini.

Sumber : Sinar Harian

Read more…

Remaja Beraksi Sosial Kerana Terikut-Ikut Tabiat Kakak Mereka..Baca Luahan Remja Tersebut...

Semasa zaman admin bersekolah dulu sekitar awal 90an, cikgu selalu menekankan bahawa isu pengaruh rakan sebaya akan menjadi musuh remaja sekiranya ikutan itu berunsurkan suatu tabiat yang jahat atau pun kurang baik. Namun apa yang berlaku kini, bukan sahaja rakan sebaya yang boleh 'meracun' sesorang remaja itu, tabiat ahli keluarga mahupun ibu bapa itu sendiri mampu untuk mengubah diri seseorang remaja.

Selanjutnya di SINI

Read more…

Inilah Jawapan Logik Mengapa Isteri Mengerang Ketika Hubungan 'Bersama' [Bacaan 18 + Sahaja]

Pernahkah Anda Terfikir Kenapa Wanita Mengerang Semasa Hubungan Intim?
Melihat pasangan anda mengerang ketika mengadakan hubungan seks sama ada di kalangan lelaki atau wanita, pastinya menjadi pengalaman yang memuaskan anda bukan? Sebenarnya, faktor yang menyumbang kepada simptom mengerang ini bukannya disebabkan oleh tahap sensitiviti sesebuah hubungan seks itu tetapi sebenarnya ianya bergantung kepada individu tersebut.

Ramai lelaki berasa puas sekiranya pasangan mereka mengerang kerana ia menjadi simbolik kepada sensitiviti sesebuah hubungan seks. Ia akan menjadikan dia merasakan bahawa dia mampu untuk membuat pasangan mereka puas dan gembira.

Kajian menunjukkan raungan seseorang wanita semasa hubungan seks dapat menjadi rangsangan emosi manusia yang agak baik. Ia akan menyebabkan pasangan merasa mereka lebih bertenaga dan tidak berasa letih semasa sedang beraksi. SUMBER

Read more…

Lamborghini Palsu Di China, 99% Hampir Serupa Dengan Yang Asli..Hanya RM 240K Sahaja!

Kehebatan industri pemalsuan di China memang tidak dapat disangkal lagi. Setelah hampir kesemua produk terkemuka di dunia di-ciplak kan, kini giliran jenama automotif terkenal dunia, Lamborghini pula untuk di palsukan.

Bagi mereka terutamanya golongan muda yang berhasrat ingin memiliki sebuah kenderaan berjenama Lamborghini, kini tidak perlu risau lagi. Terima kasih kepada sebuah pengeluar kenderaan yang telah pun membina replika Lamborghini yang 99% hampir sama dengan yang asli. Selalunya, bagi membeli sebuah Lamborghini yang original, anda perlu membawa keluar duit sebanyak US$400,000, namun dengan kenderaan yang diperbuat daripada China ini, anda hanya perlu membayar sebanyak US$65,000 sahaja.

Walaupun bahagian luar kenderaan Lamborghini mempunyai kesamaan hampir 99%, namun untuk bahagian dalaman, ia 70% ciplak. Replika Lamborghini ini dinamakan sebagai Shanzai Lamborghini di China. Pengeluar kenderaan ini mempunyai bengkel mereka sendiri yang khusus untuk membina kenderaan seumpama ini dan diedarkan ke seluruh Asia. Tempoh untuk mendapat tempahan kenderaan adalah selama 5 bulan dan perlu membayar deposit sebanyak 210,000 yuan.

Spesifikasi kenderaan:

- Menggunakan enjin 2.2 liter Toyota 5s dan 2.0 t 3S, mampu memecut dari 0 - 100km/j dalam masa 9 saat, 175 kuasa kuda, bunyi 90% sama dengan Lamborghini asli, badan saiz 1:1, hiasan dalaman seperti Lamborgini namun papan pemuka (dash board) bukan asli.

- Sukar untuk medapatkan nombor pendaftaran, tempoh tempahan selama 5 bulan dan perlu membayar deposit 50% dari harga penuh kereta iaitu 210,000 yuan.

- Mmepunyai power window, power wings, sistem GPS, kemera sokongan, kerusi kulit asli dan hiasan dalaman bercirikan kulit asli.

- Hiasan dalaman kereta boleh dilakukan mengikut permintaan pelanggan tapi mustahil untuk sama 100% seperti yang asli.

- Warna kereta dan warna bahagian dalaman mengikut citarasa pelanggan.

- Pelindung enjin tidak lutsinar (original punya nampak enjin), rim kereta pun ciplak, nak rim original kena tambah 50,000 yuan sebagai bayaran tambahan.

- Bumper kereta mengikut stail keluaran 2007.

- Kunci kereta original kena tambah lagi 9,000 yuan sebagai bayaran tambahan.

- Tahap keselamatan kereta sama dengan tahap keselamatan kenderaan berjenama Toyota.

- Meletakkan ciri tambahan seperti keluli tahan karat, paip besi dan plat besi di bahagian pintu tempat duduk penumpang dan pemandu.

- Meletakkan tali pinggang keledar jenis racing.

- Kenderaan ini lebih khusus untuk pameran sahaja.

- Simbol jenama Lamborghini, kaca, gril alur, lampu hadapan, dan aksesori tambahan adalah yang original daripada kilang. Untuk mendapatkan lampu jenis LED terbaru dibahagian lampu belakang, perlu membayar lagi 10,000 yuan sebagai kos tambahan.

- Steering jenis racing dengan logo asli Lamborghini.

- Kesemua butang kawalan dalaman kereta ada lah asli.
sumber

Read more…

Masih Ingat Dengan Adik Firdaus Dullah Ini? Wajah Terbarunya Ini Benar-Benar Memeranjatkan Kami..



=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


=


Masih ingat dengan remaja OKU yang ditinggalkan seorang diri oleh ibunya di sebuah kediaman..

Alhamdulillah adik Firdaus kembali sihat seperti sediakala..

Cerita sedih pegawai yang menemukan adik Firdaus Dullah
Penuh rasa belas kasihan…Faizal ketika bertemu Firdaus. Beliau orang yang bertanggungjawab bersama anggota lain menemui adik Firdaus Dullah remaja OKU yang tersiksa diabaikan dan dikurung – Foto Sinar Harian

Cukuplah derita yang ditanggung
OLEH SYAMILAH ZULKIFLI
PENGARAH Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berasa marah dan kecewa bila terkenang Muhammad Firdaus Dullah, 15.

Bersama wartawan Sinar Harian, SYAMILAH ZULKIFLI, Faizal kembali mengimbas kenangan sewaktu pertama kali bertemu insan istimewa itu.

SABTU lalu, ketika dia dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.

Malah paling menyedihkan dia ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.

Sehingga kini, saya masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.

Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.

Foto
FAIZAL memeriksa keadaan kanak-kanak OKU yang ditinggalkan dalam sebuah bilik kotor dan busuk di Nilai. Gambar kecil, Lola ketika ditemubual wartawan. Foto myMetro

Jadi saya melakukan operasi dan rumah Firdaus merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.

Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.

Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.

Saya cuba memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.

Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.

Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang.

Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.

Dia sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.

Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Firdaus yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.

Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.

Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.

Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Firdaus?

Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.

Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?

Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Firdaus.

Mungkin Firdaus akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.

Saya gembira lihat perubahan Firdaus. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini…

Ketika ini bukan masa untuk tuding jari tetapi penemuan itu perlu dijadikan pengajaran pelbagai pihak agar lebih menghargai anak-anak sendiri termasuk juga mereka yang bergelar orang kurang upaya (OKU).

Read more…