Sunday, 14 June 2015

Kahwin Sudah Nikah Belum..!!

Kahwin dan nikah adalah dua perkataan yang berbeza dimana kedua-dua perkataan ini membawa maksud dan pengertian yang berlaianan. maksud nikah adalah ikatan atau akad antara lelaki dan wanita dimana kedua-dua pasangan disahkan sebagai suami isteri berlandaskan hukum islam. Bagi perkataan kahwin pula ianya membawa dua maksud, iaitu kahwin secara sah (nikah) dan kahwin tanpa nikah atau hubungan sex bebas. Ini adalah terjemahan yang sealau diguna pakai oleh budak-budak zaman sekarang yang sudah tidak memperdulikan hukum agama.

Pelik tengok budak-budak zaman sekarang suka membangga-banggakan ayat “kahwin dah nikah belum“. Inilah dia tanda-tanda akhir zaman bila manusia mula kearah kejahilan dengan memperlekehkan hukum akad nikah bagaikan nikah itu tidak wajib dan mereka boleh suka-suka di declare dah kahwin sebelum nikah.

Walaupun ayat itu nampak macam simple dan gurauan, tetapi terang-terang mereka membanggakan yang mereka selalu buat maksiat, tak payah nikah pun tidak mengapa.. alah sekarang kan zaman moden.. kahwin dulu pun takpa.. nikah kemudian.. Rasanya ungkapan ini dah macam biasa dah dengan budak-budak zaman sekarang yang sedang hangat dilamun chenta…

Mereka seakan-akan tidak ada rasa malu dengan memberitahu orang ramai yang mereka dan pasangan mereka sering melakukan hubungan sex dan berzina. Inilah dunia.. hai dunia nasiblah.. semakin lama semakin pelik..sehinggakan halal haram pun boleh dibuat senda gurauan.

Perasan atau tidak sejak kebelakangan ini kes-kes buang bayi semakin meningkat, tiap-tiap minggu mesti ada kes buang bayi. Tapi kita terfikir tak macm mana kes-kes ini boleh berlaku.? mengenai isu kahwin sudah nikah belum mungkin term inilah yang mendorong kes pembuangan bayi yang makin berleluasa..
Mana tidaknya.. sudah kahwin tapi belum nikah.. dah sedap-sedap pastu sangkut pulak.. nak mengaku suami isteri tak boleh sebab belum nikah.. takkan nak cakap dah kahwin je nikah belum.. hurm perut pun semakin lama semakin membesar.. lelaki yang dah di declare sebagai suami ikut suka hati mak bapak diaorang tadi pun entah kemana menghilang, orang pula dah mula perasan tak kan nak cakap kena buatan orang pula kan..

Kesudahannya bayi yang tidak berdosa itu menjadi mangsa akibat cakap-cakap kahwin dah nikah belum. sudahnya mereka ditinggalkan ditepi-tepi longkang, sungai dan tempat pembuangan sampah. sungguh kejam..!!

Tapi bila difikirkan kenapa lah term ini muncul, susah sangat ke nak nikah..?? mungkin la.. kalau kita buat survey lah kan.. duit hantaran sekarang dah mencecah lapan ribu ke sepuluh ribu minimum..!! patut lah susah sangat nak nikah, yelah gaji minimum pun tak sampai RM 800 sebulan tapi nafsu dan perasaan nak kahwin dah membara-bara.. nak kumpul 10 ribu sepuluh tahun kerja pun belum tentu dapat kumpul.. sudahnya kahwin saja lah tak payah nikah..

Siapa yang perlu bertanggungjawab ya..?? hurm.. mak bapak pun kalau anak nak kahwin jangan lah letak tinggi-tinggi sangat tengok dulu lah latar belakang bakal menantu tu.. kalau memang tokey pasir ke.. boleh la letak 10 ribu.. ini budak tu gaji tak sampai seribu mintak tinggi-tinggi.. sudahnya kahwin je nikah nya tidak.

Mungkin zaman sekarang ini susah sangat nak kahwin dan macam macam kerenah nak kena layan.. sedangkan nikah itu yang penting.. tidak hairan lah banyak kes-kes buang bayi dan anak luar nikah.. sudahnya keluarlah term kahwin sudah nikah belum.. hai dunia nasiblah.. fikir-fikirkan lah..

0 comments:

Post a Comment