Saya masih ingat, seminggu selepas menikah, saya dan isteri dipanggil menghadap oleh arwah bapa saya. Saya dan isteri pun pergilah berjumpa dengan kedua ibu bapa saya.
Di dalam pertemuan tersebut, bapa saya berkata terus terang,
"Bukannya kami tak suka pada cucu dan anak menantu, tapi masa kami untuk menjaga anak kecil sudah berlalu,"
Saya faham dan tahu kenapa.
Sejak itu, saya selalu memastikan anak-anak saya (ada 7 orang) sama ada mereka dijaga oleh kami atau baby sitter. Sehinggalah ke akhir nyawa mereka berdua, saya tidak pernah meminta mereka menjaga anak-anak saya secara tetap/hari-hari.
Saya sedar, mereka sudah tua. Cukuplah sudah mereka sibuk membesarkan kami adik beradik dari kecil dulu. Biarlah mereka gunakan waktu tua mereka untuk beramal ibadat dan menampung semula kekurangan ibadah mereka di waktu muda dulu kerana sibuk mengisahkan hal kami adik beradik.
Selalu saya kesian dengan jiran saya. Sudahlah mereka sibuk membesarkan anak-anak mereka di waktu muda dulu. Sekarang di dalam usia emas, mereka di mana sepatutnya berehat dan menambah amal ibadat, mereka disibukkan pula dengan cucu yang ramai yang mereka 'terpaksa' jaga setiap hari.
Anak-anak setiap pagi selepas Subuh, sudah mula menghantar cucu-cucu untuk dijaga oleh pakcik dan makcik ini. Kadang-kadang hampir tengah malam baru diambil kembali oleh ibu bapanya.
Pagi esok, bermula lagi proses yang sama. Pakcik dan makcik itu sudah lama saya tidak lihat mereka di surau.
"Kesian makcik menjaga cucu-cucu yang ramai seorang-seorang, jadi pakcik tolonglah sekali,"
Sehingga dia sendiri tidak ke surau berbulan-bulan.
Anak-anak apakah ini yang menjadikan orang tua sendiri sebagai orang gaji? Orang tua-tua memang susah nak menolak. Cucu sendirilah katakan. Tetapi akibatnya memakan diri sendiri.
Sepatutnya anak-anak ada belas ikhsan pada ibu bapa sendiri. Pandai buat anak, pandailah jaga - sama ada jaga sendiri atau orang lain diupah untuk jagakan.
Make the arrangement. Jangan sewenang-wenangnya dicampak pada ibu bapa yang sudah tua itu. Saya pernah terlihat pakcik ini duduk senyap-senyap di luar rumah di dalam gelap mendengar suara ustaz berceramah melalui loudspeaker surau berhampiran rumah kami.
Sedih dan pilu rasanya mengenangkan nasib pakcik dan makcik yang di usia emas ini. Kalaulah anak-anak mereka faham dan ada rasa belas pada insan-insan tua ini, alangkah mahalnya pengajaran ini. - SHAHRUL
Sunday, 14 June 2015
- In: Info 18 +
- Posted By: Nurul Team
- Comments: No comments
0 comments:
Post a Comment