Monday 18 May 2015

Kisah di Sebalik Jejaka Tampan dan Kaya Miliki Mercedes Curi Kasut-Kasut di Masjid Wilayah KL

Hari ini terjumpa di laman Facebook apabila ada seorang lelaki bernama Ismail Bukit Mas telah memuatnaik beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki telah berjaya ditangkap kerana mencuri kasut di sebuah masjid.

Menurut pemilik gambar kejadian tersebut berlaku di Masjid Wilayah Persekutuan dan ternyata mengejutkan orang ramai kerana lelaki yang ditangkap mencuri itu mempunyai sebuah kereta mewah jenis Mercedes.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan masjid menjumpai kasut-kasut yang dicuri di dalam bonet kereta Mercedes bilik lelaki berkenaan.

Suspek dikatakan telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun waktu kejadian tidak dinyatakan. - Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment