Tuesday 9 June 2015

Kejutan! Individu yang di Percayai Sebagai Amran Fans Hadir ke Majlis Hanis dan Hairul ! Lihat Foto..

1 . Hairul membelikan ibunya sebuah kereta mewah
“Hadiah terakhir sebelum saya kahwin kepada mak tercinta, terima kasih mak abah jaga Fendi dengan baik selama 27 tahun ini tak terbalas jasa dan pengorbanan mak abah,” kata Hairul di akaun Instagram miliknya sehari sebelum dia melangsungkan perkahwinan

2. Hanya dengan sekali lafaz, Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha selamat diijabkabulkan dan sah bergelar suami isteri dalam satu majlis nikah yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Bukit Jelutong.

3. Pasangan itu dinikahkan bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain sambil disaksikan Imam Kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Ustaz Mohd Syuhud Razali selepas solat Jumaat pada jam 3.50 petang.
4. Hanis menerima wang hantaran berjumlah RM91,019.90, yang memberikan simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990. Hairul turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300.
5. Pihak pengantin wanita menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin lelaki.
6. Majlis resepsi mereka akan dilangsungkan pada 14 Jun ini di Hotel Majestic. Antara rakan hadir yang turut hadir ialah Sariyanti, Yasmin Hani, Diana Danielle, Datin Nina Juren, Dafi dan Hafizul Kamal
7. mereka berazam untuk capai impian mereka iaitu

1 nak travel
2 dating bersama-sama
3 pergi norway untuk tangkap ikan
4 pergi ibadah menunaikan haji
5 nak ada anak-anak
8. Pasangan ini diperkatakan menjual tiket perkahwinan mereka
Mahu menghadiri majlis perkahwinan pasangan Hairul Azreen & Hanis Zalikha? Nampaknya anda mempunyai peluang jika menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pasangan ini dengan membeli produk kecantikan Toujours Advanced Collagen — mana tahu dapat kad jemputan.

Berita Harian dalam laporan terbaru memanggil amalan ini sebagai janggal dan tidak pernah dibuat oleh mana mana pengantin sebelum ini dan nampak seperti tidak manis lebih lebih lagi budaya masyarakat Malaysia kita hari ini.

Perkara ini sebenarnya mengingatkan kami kepada Golden Ticket yang diberikan oleh Willy Wonka dalam kisah dongeng moden untuk kanak kanak datang melawat ke kilang pembuatan coklatnya.

Tetapi pasangan ini bukan asing dalam isu kontroversi melibatkan persiapan untuk berkahwin dan sebelum ini pun lamaran Hairul Azreen secara terbuka di kaca televisyen turut mengundang kritikan ramai. Mungkin mereka hanya mahu menjadi lain dari yang lain ‘kan?

0 comments:

Post a Comment