Monday, 8 June 2015

Terjawab! Foto Sebenar Mayat Mangsa Gempa Sabah yang di Heret di Dedahkan!

KOTA KINABALU - Hanya kerana sekeping gambar, anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia dikecam teruk oleh netizen atas tuduhan mengheret mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Tindakan tidak bertanggungjawab individu bernama Hanzer Axer, Sapp Warren Sabah, Kilenius Sitih dan beberapa blogger murahan telah mencemarkan imej Bomba dengan niat sengaja mengaibkan pasukan penyelamat itu.

Berikutan itu, pihak Bomba dan Penyelamat Ibu Pejabat di Putrajaya terpaksa mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan keadaan sebenar.

"Satu gambar telah menjadi viral akibat pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik gambar yang tidak sepatutnya.

"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menafikan sekeras-kerasnya atas apa yang diviralkan.

"Kami pasukan penyelamat di Malaysia sedang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelesaikan amanat yang digalas oleh pihak kami. Tidak berlaku seperti apa yang digambarkan.

"Gambar berkenaan merujuk kepada seorang anggota penyelamat sedang 'menyeret' mangsa gempa bumi tidak berlaku sama sekali.

"Sebaliknya anggota terbabit sedang menunggu rakan penyelamat yang lain untuk mengangkat bersama. Harap Maklum," demikian penjelasan dari pihak Bomba dan Penyelamat Ibu Pejabat.

Individu dan blogger terlibat dalam penyebaran gambar berserta dengan tuduhan tidak berasas itu dilihat mahu menjadi orang pertama yang memviralkan segala-segalanya berkenaan kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cepat percaya dengan apa yang tersebar. Sebaliknya mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Manusia Yang Tidak Bertanggungjawab !!

Semua penyelamat tahu prosedur MNA yang betul dan MNA yang salah semasa mengangkat mangsa. Amat mendukacitakan apabila Awis Francis dari parti pembangkang ini pula memviralkan gambar menunjukkan sebaliknya. Adakah saudara Awis tahu prosedur sebenarnya atau hanya memuat turun dan memperlekehkan??

0 comments:

Post a Comment